Friday, August 31, 2001
Merdeka! x 3. Yeah..arie nih Malaysia dah 44 tahun merdeka. Tapi rakyatnye cam lum merdeka pun, terutama golongan muda-mudi. Aku celebrate Merdeka tadi kat Sunway Lagoon ngan abg Mie and the gangs. Ada DJ Hitz dot FM, Too Phat, Reefa. Lagu² DJ on air cun giler. Aku dance tak ingat dunia nyer. Havoc and happening giler. Cantik siut fireworks tuh. Aku jakun terlopong tgk bunga api yg macam time arie raya tuh, tapi bezanyanye dia tak boleh dipegang ngan tangan, gilo apo. Tapi, lawa ooo.
Aku lupa lirik Keranamu Malaysia tuh. Tadi ingat skang dah lupa. Mungkin aku kureng semangat kemerdekaan..ya..aku belum merdeka..perjuangan belum selesai kerana melayu mudah lupa..ahaks! aku berfalsafah.
Masa aku ngan geng abg Mie pi late supper kat Uptown tadi, aku terfikir sejenak apa benda tu merdeka. Geng² scooter Suzuki yg jadi trend skang nih, happy sungguh berpesta dgn bendera Malaysia kat sekeliling scooter sambil on macam² lagu dari motor memasing. Merdeka! Merdeka! Merdeka!, laung diorang . Seronok aku tengok, rasa cam nak join jek. Betul Malaysia dah merdeka, tapi jiwa generasi muda cam aku nih masih tak faham apa erti merdeka yg sebenarnye. Masih hanyut lagi.
Akhirnye hompej aku siap jugak, alhamdulillah. 6 jam tanpa henti depan komputer semalam, tak sia-sia. Penat cam sial! Pasnih kalo kiok lagi, aku surrender, maleh nak godek lagi. Aku dlm proses nak upload ke server, dan test run via Internet. Too many pics, lambat tul uploading process. Aku nak sambung upload.
----------Transfer interrupted--------
-Pantai HillPark-
ranted at 2:25 AM
Thursday, August 30, 2001
Bizi + bizi = letih giler. Sibuk nak mampos ngan itu ini. Semalam aku kuar manjang dari siang sampai ke malam. Arie nih pun sama. Aku tak cukup tido sebab godek balik hompej aku yg berterabur tuh. Abg Mie nak cakap apa biar la dia. Dia kata nanti boleh jadi gila kalo dok depan komputer manjang. Hahah. Setiap kali dia nak tengok apa yg aku buat kat laptop nih, aku cepat² tukar window. Kononnya tengah menaip assignment. Kesian abang Mie. *Tipah tertipu bang!*
Tadi aku pi temankan Beh dari tengahari sampai malam. Kitorang pi MPSJ multimedia library kat Taipan, USJ. Dia nak cari article untuk paperwork dia, dia kata urgent kene siapkan gak. Canggih woo library tuh. Yg paling best banyak aweks. Aku bukannya baca buku pun, mata melilau je tengok awek kuar masuk, sebab tu aku pilih seat yg dekat ngan entrance. hehe.
Pastuh pi Shah Alam, jenjalan kat Tasik Shah Alam ngan Kompleks PKNS. Lama aku tak datang Shah Alam nih. Macam banyak yg dah berubah. Aku pelik ngan Beh nih, dia bukannye jenis yg suka jenjalan kat tempat² camnie. Arie nih dia lain, tak banyak bercakap, banyak termenung jek. Bila aku tanya dia diam jek. What's wrong with u Beh? When u're ready, let me know ok.
Dekat senja baru balik, kitorang pi minum kat Subang, terserempak ngan kengkawan kolej Beh. Sumer aku tak penah jumpa tapi diorang Best! Berborak cam dah lama kenal. Otak masing² sama kaler ngan otak aku. Kitorang berciter pasal chicks and pussy. Haha! Baru la aku nampak Beh ketawa. Kalo tak diam manjang. Aku nampak Ferhad tengah makan kat Ravi's Corner. Tinggi gila babeng Ferhad nih. Dia makan ngan pompuan, awek dia kot. Biar la dia.
Pastuh pi main bowling kat Summit USJ ngan Beh ngan kengkawannya. Havoc tul. Tak penah aku jumpa member² yg hampeh camnih. Macam bapak diorang nyer bowling center. Tapi memang enjoy nak mampus. "We pay what!?" <--Aaron, kawan Beh sound kat bowling staff sebab dia baling bola bowling macam saje jek nak pecahkan lantai papan tuh. Hahahah.
Malam aku balik Pantai, pi kuar makan ngan abg Mie ngan Red. Balik umah rasa penat cam sial. Lepas mandi aku tengok TV dan sambung godek hompej aku, Red ngan abg Mie kekadang cam risau ngan aku, asyik depan PC ngan laptop jek. Diorang assume aku tgh study, diorang tak nak interrupt. Lagi pun, bukan aku tak spend langsung masa ngan diorang. Harap² boleh la menjadik hompej aku kali nih. You can do it Ejoy! Bismillahirrahmanirrahim.
-Pantai HillPark-
ranted at 1:33 AM
Monday, August 27, 2001
Aku bengang dan bengang..Aku tak mintak jadik begini tapi kenapa dan mengapa terjadi jugak. Harta kesayangan aku di alam siber dah kiok. Hompej aku dah berterabur. Aku kena start balik dari mula. Hampeh jek. Salah aku jugak sebab tak buat backup. Setiap kali nak buat backup hati aku mesti cakap "kejap lagi Ejoy, kejap lagi". Akhirnye nasi dah jadi bubur. Hampeh hampeh dan hampehhhhh! hmm.. Biarlah, malas nak fikir..
Aku dah start cuti arie nih selama seminggu! Yeehaaa! Aku dah mulakan hari cuti dengan aktiviti sihat spt bangun tido selewat yg mungkin.Yess. Aku bangun kul 6 petang lagi. Pagi² tadi aku pi jogging ngan pi Gym. Letih seh. Pastuh kemas umah. Lompat² dalam umah sambil pasang lagu dance kat hi-fi kuat² sebab tensen hompej aku dah kong. Lepas mandi aku terus terlelap sampai la ke petang. Sarapan lupa nak makan, lunch lupa nak makan. Ishh, camner nak naik badan aku nih.
Semalam aku download MSN Messenger. First time aku guna benda alah nih. Orang yg first chat ngan aku ialah Jae. Lawa gak MSN nih. ada kupu² boleh terbang. Masa aku tulis blog nih aku tgh pakai MSN. I'm still waiting Jae punya reply sebab dia kata nak tolong aku link kan blog ngan hompej. Pasal blog ni lah berterabur sumernye. Susah tul aku nak hafal sumer Java Script ngan Blog Tag Name tuh. Feninnnnnnn..
Aku nak kuar makan sat lagi, Red ngan Razak on the way, abg Mie tgh mandi. Aku? Dah mandi, lama dah. Balik kang aku nak godek lagi saki baki hompej aku yg sempat diselamatkan. I will work on it sampai siap.
-Pantai HillPark-
ranted at 9:41 PM
Sunday, August 26, 2001
Whuuaaaaa....ngantuk seh. Aku baru bangun at 5 pm lak tu. Takder saper kat umah nih. Mana sumer pegi eh? Penat malam tadi still tak ilang. Lepas mandi nih aku rasa mungkin badan segar balik. I wanna take a shower. *menguap*
-Pantai HillPark-
ranted at 4:40 PM
Saturday, August 25, 2001
Jatuh lagi!!! Handphone aku jatuh lagi dan lagi untuk ke sekian kalinya. Sebelum nih kalau jatuh henpon aku maintain macho dan taff tough. Tapi kali nih jatuh, terus kiok lak. Henpon aku jatuh masa turun dari kereta Kak Reen petang tadi. Aku tak perasan plak aku letak atas peha. Nasib baik tak bergolek-golek masuk ke longkang henpon tue. Skang nih henpon aku dah masuk wad. Aku ngan Kak Reen pi anto kat Nokia Care kat Jalan Telawi. Hampeh jek!. Nasib baik la Kak Reen ada h/p lama yg accept line Celcom. Masa aku ON jek h/p tue, ada SMS. Shahrir antor. Saje jek nak jeleskan aku *ekekek*. Best la ko Shahrir eh? Cuti panjanggggggg. Kalo aku jadi ko kan best. ITTAR pun minggu depan cuti gak!. Tapi seminggu jek. Aktiviti aku, aku plan nak makan dan tido sepuas-puasnye, tak ingat dunianyer. Semoga aktiviti sihat nih membuahkan hasil. Aku nak membosarkan badan aku yg maintain slim nih. *yer yer jek*
Mid Term Data Com tadi cam *toot* jek. Aku goreng secukup rasa. Zack tak bagi can pun utk aku tiru jawapan dia sebab dia kedekut ilmu. *ahaks*. Sebenarnye memang takder can pun dia nak bagi tiru sebab Puan Azah asyik tengok jek kat kitorang. Pasnih aku kene concentrate utk Final la nampaknye.
Aku ngantuk nak mampus. Asyik berjalan jek arie nih. Pukul 3 pagi baru balik umah. Esok nak kuar lagi, lusa pun sama. Aku kene cukupkan rehat. Aku nak titon!
-Pantai HillPark-
ranted at 3:10 AM
Friday, August 24, 2001
Aku seronok arie nih sebab....mmmm..macam² la!
Aku dapat jawab soalan Mid Term Visual Basic! Aku expect aku boleh score above 80%, insyaAllah. Apa yg aku baca keluar sumer. Coding² pun aku boleh jawab. Aku bagi Aie tiru aku bulat² sebab aku dah janji nak tolong dia sebelum test, dan sebab dia belanja aku makan tadi. Aku pun tiru sesikit jawapan Zack. *ahaks* Duduk bertiga kat barisan paling depan pun ada can meniru.*ketawa devil*
Aku tak balik Pantai HillPark, sebab aku nak balik umah, mak aku call masa aku kat kelas, dia suruh balik. Aku bagitau abg Mie, dia kata ok jek, tapi esok dia suruh balik Pantai, nak suruh tolong sket. Aku pun cakap ok jek. Arie nih [Khamis] keje aku makan..makan ..makan dan makannnnnn. Masa break hour kat kelas tadi, Aie belanja aku makan kat Restoran Haslam. Zack pun join sekali.
Pastuh balik umah, abah takder, pi mana ntah. Mak masak banyak lauk, aku tanya mak ada orang datang ke tadi naper masak banyak lauk? Mak aku kata takde org datang pun.. sajer jek boring dok umah, masak la lebih sket. *heheh* Mak kata dia masak utk aku sebab aku jarang ada kat umah. Mak yg temankan aku makan. dia sendukkan nasi untuk aku. Tambah nasi untuk aku. Dah lama aku tak makan semeja satu family, lama sangat. Akhirnye dapat jugak aku makan berdua ngan mak tersayang. Aku tak leh tahan masa makan, bergenang air mata aku, tapi aku tahan jugak dari menitis, aku terharu sangat ngan mak aku. Mak aku suruh aku belajar rajin². Mak sebenarnye sentiasa risau fikir pasal aku. Dia pesan dia takkan larang kemana aku nak pergi dan bawak diri, asalkan jangan lupakan dia.
Mak faham sangat perangai aku, aku suka hilangkan diri sejak dari kecik lagi bila aku ada masalah, aku suka settle sendiri, sampai sumernye dah settle baru aku muncul balik. Mak kata dia tahu aku jauh hati ngan abah, cuma depan abah aku tak tunjuk. Aku pun tak fikir sangat benda tu sebab salah aku jugak. Mak boleh baca air muka aku. Mak memang ada naluri keibuan yg sejati. Mak kata abah sentiasa tanya pasal aku masa aku takder kat rumah. Abah sayang kat aku, cuma dia tak tunjuk je, dah lumrah sifat seorang abah. Cuma dia nak aku belajar susah senang hidup. He want to see how far I can survive. Aku redha dan pasrah sebab aku dah rasa susahnye hidup aku sebelum nih. It will guide me. Aku masih hormat dan sayang abah, cuma aku terkilan sket je dgn sikap abah.
Aku paling manja ngan mak, tak macam Kak Long ngan Asri yg lebih rapat ngan abah. Mak sendiri mengaku susah nak faham hati aku, tapi dia yakin dgn apa yg aku buat. Aku janji kat mak aku, aku takkan guriskan hati dia lagi macam apa yg aku dah buat 2 tahun yg lepas. Aku tak nak ulang balik sejarah pahit tuh. Kemana aku pergi, dimana saje aku tinggal mak lah org pertama yg aku ingat. Aku sedar satu hari nanti aku terpaksa berpisah lama ngan mak macam dulu, demi untuk membina hidup aku sendiri. Kekadang aku rasa sunyi ngan rindu nak dengar suara mak membebel ngan mengomel layan kerenah baby dan anak² orang yg dia anggap cam anak dia sendiri, itulah profesyen mak, babysitter . Bila aku jauh nanti, aku akan telefon mak bila terasa rindu. Aku saaaaayang mak, she's the best mother I ever had, no one can replace her! Syukur Alhamdulillah aku masih ada mak di muka bumi ni..Alhamdulillah..
-Home sweet home, Petaling Jaya-
ranted at 12:05 AM
Wednesday, August 22, 2001
Kenapa ngan aku nih? Org yg bukan sedara mara aku lebih dulu tau pasal sedara mara aku lebih dari yg aku tau. Aku rasa cam useless jek. Masa kat kelas Logik Digital, Zila bagitau tadi yg Pak Ngah aku masuk hospital sebab strok. Zila rapat ngan Mak Itam aku [mak sepupu aku, Ita]. Aku blame diri aku sendiri sebab aku admit aku jarang amik tau pasal sedara-mara aku. Aku kekadang rasa cam aku ni selfish, terlampau sibuk ngan hal sendiri sampai lupa ngan org lain. *sedih*
Aku call mak aku, mak aku kata Pak Ngah aku dah lebih 3 hari kat wad Hospital Universiti. Mak aku suruh pi la melawat. That's why aku balik umah nih. Aku plan aku nak pi melawat pagi esok. Nak pi ngan sape eh? Mungkin aku ajak sepupu kesayangan aku tuh [Ita].
Insyaallah lepas nih aku akan cuba amik tau perkembangan sedara-mara aku. Sebab kat dunia nih, susah senang kita, kita akan rujuk pada diorang satu hari nanti. Tapi....aku serba salah. Susah betul aku nak jaga hati sumer orang, family aku, sedara mara aku, kengkawan aku, dan abg Mie yg terlalu banyak tolong aku masa aku susah. Aku dalam dilema...*uuhhhh*..biarlah dulu, malas nak fikir.. By the way..
Aku makan malam kat umah Aie tadi, Aie yg beria-ia jemput aku. Lepas je abis kelas C2 tadi, aku terus bergegas ke umah dia. Aku bosan tul kelas sampai malam nih. Kak Ana masak kari ikan, telur ikan goreng, ikan masin goreng dan sayur campur ikan masin. Sumernye berunsurkan 'ikan'. Aku berselera tul makan, sampai tak cukup nasi sepinggan. Sedap tul Kak Ana masak. Lepas makan kitorang berborak sambil tengok Ria kat Astro, Aie kutuk Era Fazira, tetiba mata dia masuk serangga ape ntah. Merah mata dia. Kak Ana kata Aie dah terkena sumpahan Erra sebab menutuk belakang. Hahaha *ketawa*. Pastuh aku keluar minum kat mamak ngan Aie, Kak Ana malas nak ikut sebab dia letih. Aku minum teh tarik Tongkat Ali sebab Aie yg rekomenkan, dia pun order sama. *Ketawa* Macam la aku ni dah kawin. Rasa dia macam teh tarik biasa jek tapi aku rasa 'lain' sket la sekarang nih, rasa gersang jek *ketawa setan*. Aku berborak ngan Aie pasal study, falsafah, masa depan dan memacam lagi. Aku kalo berborak ngan Aie mmg tak ingat dunia. Sedar² dah dekat pukul 12 malam. Aku minta diri, terus balik umah.
Aku nak kemas bilik aku yg dah macam reban ayam nih pasnih [aku geram betul ngan Asri, lepas tido kat bilik aku, tak reti² nak kemas??], lepas tuh nak call Ita, pastuh call Beh, pastuh call Aie, pastuh call abg Mie, pastuh nak tido. Pagi esok je la aku mengadap buku VB ngan Data Com. Letih seh..Good night!
[ Tadi Kak Long bagi present kat aku berupa sebijik beg sandang [sling bag] dari company dia, Sime Darby. Makin bertambahlah koleksi beg sekolah aku. Tengkiu yek my Kak Long! ]
-Home sweet home, Petaling Jaya-
ranted at 11:28 PM
Tuesday, August 21, 2001
Environment : Early morning at around 2 am at balcony using the laptop sambil makan kacang menglembu cap Tangan ngan air kotak soya bean cap Drinho. Weather, the sky is too dark, cloudy maybe. Listening to Tomb Raider soundtrack via headphone, gilo apo nak pasang kat hi-fi pagi² buta nih [I love this soundtrack. aku dah addicted to it]. Shaking my body virgiously while listening to this funky sound of Basement Jaxx.
Arie nih [semalam @ Monday] takder class Data Com! Class cancelled! Kenapa la malang sangat nasib aku nih? Bila aku bersemangat nak pi kelas, kelas kensel, bila aku takde mood pi kelas, ader pulak kelas tu. Hampehhhhh !
Kat kolej aku terserempak ngan Ein. [alamak! aku lupa la present ko Ein, nampak muka ko baru teringat, sori yek Ein]. Ein nak apply masuk UiTM. Dia tgh cari cop utk dokumen sana sini. Dia bagitau aku, dia kene amik test MUET dulu. Leceh jugak nak apply masuk U nih ek. Pas aku pi toilet sat, Ein ilang, mana ek dia? Zack belanja aku minum 2 kali arie nih. Aku tak mintak pun, dia suruh temankan sebab takder kawan. As a result, aku asyik kuar masuk toilet manjang.
Aku terpaksa balik Pantai sebab abg Mie called dia rasa cam terlupa nak tutup air kat bath tub, masa kuar gi keje tadi. Dia suruh aku pi check. Mende la org tua nih, dah nyanyuk kot. Aku terus balik Pantai. Ya Rabbi! memang betul dia tak tutup air, melimpah ruah, nasib baik tak banjir umah nih. I wonder baper la kene bayar bil air bulan nih. But, why should I care, bukan aku yg bayor *ketawa gaya setan*. Aku tukar baju koperat aku [aku paling rimas pakai baju koprat tiap² Isnin, kene pakai kemeja ngan neck tie lak tuh, diwajibkan untuk setiap pelajar lelaki ITTAR, salah satu sebab I hate Monday!]. Aku geledah wardrobe abg Mie, cari baju dia saiz paling kecik sebab baju² dia boleh muatkan 1 1/2 saiz badan aku yg maintain slim nih. Last sekali aku pakai baju fit G2000 dia, aku pakai tak nampak fit pulak, nampak cam pakai T-shirt jek. Baju aku kat umah nih sumernye dia basuh. Rajin tak bertempat, aku nak pakai apa. Pastuh aku pi Mid Valley yg tak sampai 5 minit journey dari Pantai HillPark nih. Abg Mie suruh beli barang dapur sket, dia suruh penuhkan peti ais tuh. Kat Mid Valley aku terserempak ngan Rafie, kawan lama masa aku keje part time kat Sunway Pyramid dulu. Dia keje Kurnia Insurans skang. Sudah maju ya kamu, alhamdulillah. Aku tak lama borak ngan dia sebab dia kene balik opis.
Lepas shopping ala kadar [lebih RM 50 abis, still ala kadar kan?], aku nampak la kedai Japanese food kat Jusco nih. Pelik² tul dia nyer food. Akak jaga booth tu suruh aku try Japanese Ball [macam kuih cengkodok jemput², tapi tak digoreng, Dipanggang kot. Kat dalam dia ada udang, sotong, ketam ngan ikan] . Sedap giler! Aku try lagi dan lagi. Selenge jek muka akak tuh. Saper suruh aku try *hahah*. Tapi aku baik hati, aku beli la sepeket yg harganya RM 10, ada 8 balls didalamnya. Aku round² sat sekitar Mid Valley. Besar sangat, buat aku penat dan rasa cam nak balik. Pastuh aku terus balik. Sampai umah aku tertido, kul 9 mlm baru bangun. Huh! letih jugak aku rupanya eh? Lepas mandi tolong abg Mie masak nasi. Dia masak lauk ayam masak kicap ngan sayur kailan goreng. Aku pulak masak nugget goreng. Lepas je abis masak, Red datang, memang langkah kanan betul la mamat nih. Kitorang makan sambil Red berborak citer yg berunsurkan kelucahan tahap maksimum. Aku terketawa sampai tersumbat nasi kat dalam idung aku. Pelik tul camner boleh masuk dlm idung.
Kitorang tengok VCD citer Cats & Dogs yg Red bawak. Lawak giler. Cute la kucing ngan anjing tuh. Lepas abis tgk citer, Red kuar ngan abg Mie pi umah Razak, aku malas nak ikut, aku tak rasa nak keluar. Aku tgk National Geographic kat Astro pasal ikan paus kat lautan Pasifik. Naper tetiba lak aku suka nengok citer haiwan² nih. Mungkin sebab aku tengok citer Cats and Dogs tadi kot, sayangilah haiwan, mereka jugak makhluk Tuhan.
Baru tadi.. aku check guestbook aku, lama dah tak check. Gulp! tak sangka lak aku ::.better man.:: ni ada orang dah tau. Sampai 'Serambi Mekah' pulak tu. Tengkiu Nadia and Zana for dropping by to my site. Aku tukar layout guestbook aku sket.
Aku nak study, Khamis ada mid term test Visual Basic, Jumaat lak ada test Data Com. Minggu yg penuh ngan test.
-Pantai HillPark-
ranted at 1:07 AM
Monday, August 20, 2001
Surprise! Aku terbangun awal [sekali lagi!] arie nih. Tapi takde saper pun buat wake up call, aku automatically terjaga sendiri, dan tak leh nak lelapkan mata semula. Aku konpius dan konpius. How come? I'm not supposed to wake up this early, it's not my daily routine. Dan kenape aku terus turn on PC dan connect to Internet? I wonder why, I wonder how..What's wrong with me?
To my surprised lagi, naper la waktu aku posted menda nih, jam kat bawah tue pukul 5 am lebih. Padahal skang nih dah dekat 7 pagi. Mungkin GMT Jakarta lambat sejam sebab aku set time Jakarta, time Mesia takder...ha ah! ye lar ! masa Ein call aku arie tuh dari Indonesia, memang masa kat sana lewat sejam. Bengongnye aku nih.
Aku nak mandi, pasnih nak pi class, tapi class at 11.30 am. Aku rasa aku nak pi jogging sat. Tapi aku weng sket, still ngantuk lagi...What's wrong with me lately???
p/s- I hate Monday!
ranted at 5:57 AM
Sunday, August 19, 2001
Pagi..
Dalam tak cukup tido sebab keluar malam tadi, aku boleh terbangun awal arie nih! *ahaks* Kul 7 pagi dah bangun. Sebabnye? Abg Mie call pagi² dan aku tak leh lelapkan mata balik. Dia dah sampai Melaka, kampung dia. Dia pi sana ngan Kak Reen! Seperti yg aku jangkakan, *Yea yea* Abg Mie dah jumpa Kak Reen dan bawak Kak Reen jenjalan. Abg Mie excited citer ngan aku. Pastuh abang Mie pass h/p to Kak Reen, aku borak ngan Kak Reen. Aku seronok giler diorang dah okey balik. Aku bersemangat arie nih. Aku pi Gym kat bawah umah, pastuh jogging ala kadar sekitar blok. Aku tgk bebudak kecik swimming pagi² kat swimming pool. Erkk..tak sejuk eh? Kalo aku la, beku satu badan. Aku kemas umah, sambil dengar soundtrack Tomb Raider yg Red bagi pinjam. Aku pasang kuat². Sumer lagu sedap². Aku suka lagu Get Ur Freak On by Missy Elliot feat. Nelly Furtado, Speedballin' by Outkast ngan Where's Your Head At by Basement Jaxx.
Lepas mandi Kak Long called. Dia tanya pasal komputer aku tuh. Dia suruh aku balik suruh temankan dia pi shopping kat Sunway Pyramid. Aku call abg Mie bagitau dia aku nak balik umah, dan dia kata ok jek, asalkan lock pintu umah, off sumer lampu. Aku packing buku² utk kelas esok, pastuh terus blah.
Sampai umah aku tengok Asri takder. Mak kata dia pi training kat sekolah dia. [training ke, takut nak jumpa aku *eheh*]. Mak tanya apa yg rosak, aku kata mungkin RAM ngan motherboard yg rosak dan mungkin jugak Hard Disk. Mak melopong jek sebab tak paham pasal komputer. Abah ketawa jek. *Ketawa* Mak bagi aku RM 100 suruh repair komputer tuh. Aku tak mintak pun, dia yg nak bagi, sayang jugak mak kat aku. *terharu*
Tengahari..
Aku pi Sunway Pyramid ngan Kak Long ngan Tuty Janda <-jiran sebelah umah aku, merangkap kawan baik Kak Long aku. Aku bawak CPU aku sekali. Sampai jek, aku terus pi kedai komputer yg bersepah kat Pyramid tuh. Kak Long ngan Tuty Janda pi shopping berdua tinggalkan aku sengsorang, hampeh jek. Memang betul, pas tokei kedai ko tu godek² CPU aku, sah lah RAM yg rosak. Aku punya slot 32 MB + 32 MB = 64 MB. Skang nih yg boleh pakai satu RAM tu jek, 32MB. Patutla PC aku lembab cam siput.
Tokei tu advise aku suruh tukar satu slot tu ngan RAM yg baru. Dia rekomenkan 128 MB RAM brand Siemens. Aku terlopong..mesti mahal nih. Dia bagitau 128 RAM worth RM 70 jek. What?! RM 70 jek! Aku tak pikir panjang pun, terus accept jek, sebab mak bagi RM 100, cukup nyer la. Pas dia dah pasang kat motherboard aku, dia suruh aku test sendiri. Aku bukak la Adobe Photoshop, Dreamweaver, Ulead Pagemaker dlm satu masa, Umang aih! Laju giler! Skang nih RAM aku dah jadi 160 MB! 32MB (yg lama) + 128 MB (yg baru). Kalah PC Jason! *gelak setan*. Tengkiu ASRI! Kalo tak disebabkan ko rosakkan CPU aku nih, tak merasa la aku nak pakai RAM yg giler babeng nyer laju nih. Asri, Abang Ngah mintak maaf yek sebab marah ko arie tuh. Inilah kot yg dikatakan "setiap yg berlaku ada hikmah disebaliknya". Skang aku percaya dah.
Tokei tu pastuh rekomenkan macam², webcam la, wireless keyboard la, dan memacam lagi..aku kata aku dah ada sumer benda tu kat umah [sebenarnye aku mana ada sumer menda tu, bankrup la aku kalau ikut cakap tokei nih].
Pastuh aku call Kak Long, diorang still tengah shopping, aku ikut diorang shopping sambil mengusung CPU aku ke sana sini. Punyer la ramai orang, Karnival Membeli Belah SeMalaysia eh? Berat seh. Timbul sumer otot² kat lengan aku. Nampak macho sket bila awek² pandang aku [dalam hati: Berat giler la CPU nih]. Diorang tengok aku cam pelik jek, pandang cam aku ni genius sebab pegang CPU, padahal aku ni buta IT *ehehe*. Pastuh aku nampak troli supermarket kat sebelah Starbuck Coffee, tah saper punyer ntah, aku rembat jek sebab nak letak CPU aku. Aku dah tak tahan lagi.
Kitorang makan kat Pizza Hut, Tuty Janda belanja. Aku makan banyak sebab aku tak makan dari pagi tadi, dan sebab style buffet. Bankrup Pizza Hut kalo selalu dapat customer cam aku.
Tuty Janda : shopping macam esok shopping mall nih nak ditutup selama-lamanya, borong selagi boleh.
Kak Long : shopping barang dapur, make up dll. Dia beli banyak magazine bercirikan ke'perempuan'an kat MPH BookStore.
Aku : bertindak sebagai pengusung barang² diorang. Cam kuli jek. No wonder la beria-ia diorang ajak aku, suruh jadi tukang angkut barang. *heheh* Aku tak beli apa². Cuma makan Pizza jek.
Petang..
Aku pi jogging ngan Aie kat Tasik Subang, kul 4 petang lagi dah called. Aku jogging 3 round. I feel very healthy arie nih. Banyak awek's yg jogging arie nih! Aie banyak bercerita itu dan ini. Aku terharu ngan rasa sayu kat Aie. I wish I could help him. Pastuh kitorang pi minum kat Ravi's, Seksyen 15, Subang. Berborak sampai tak ingat dunia. Aku suka berborak ngan Aie, sebab dia jauhhh lagi tua dari aku. Dia banyak pengalaman, dia banyak guide aku. Lepas Maghrib baru balik umah.
Malam..
Skang nih badan aku rasa lunyai jek. Sengal kat sana sini. Penat siut. Aku godek PC aku nih. Memang kepantasan dia amazing. Aku makin sayang kat PC aku nih, pasnih aku nak jaga betul². PC nih abah hadiahkan kat aku sebab akhirnya aku balik jugak ke umah lepas aku lari dari umah ke Singapore dekat setahun lamanya [citer lama, aku malas nak ungkit lagi]. Aku nak set password. saper yg ader password jek boleh ON PC nih. *ketawa jahat*
Aku tukar sket layout blog nih, aku tukar kaler biru, sebiru hotak aku *ketawa devil* baru nampak fresh sket, susah seh nak godek coding. Aku rasa ngantuk tgk coding² nih.
Aku nak tido, mata dah sepet dan kuyu. Esok nak pi class ngan Aie. Good night!
-Petaling Jaya-
ranted at 9:32 PM
Abang Mie tak balik lagi *phew* ..selamat aku.
Tadi aku keluar ngan Beh. Kul 10 pm dia call ajak keluar ngan Jason ngan Shanon (awek Beh). Aku set jek, sebab aku dah macam baked potato sitting on a couch watching the whole channel on Astro without knowing what are the whole show's about. Aku gilerrr. I don't think twice terus cakap kat Beh I'll be ready in half an hour. Beh fetched me at Pantai. Aku leave notes atas workstation abg Mie. I hope he read it, tapi dia tak balik². Aku biarkan pintu rumah unlocked sebab aku takder kunci, dan bila aku balik pintu still unlocked. So, sahlah dia tak balik. I wonder where is he going. Aku call Red ngan Razak tapi diorang pun have no idea. I've tried to call his h/p but his 'private secretary' kept saying that the person u are caling...bla bla bla...Probably dia punya h/p dah habis bateri. Aku risau skang nih..
Tadi..
Kitorang pi Bali. Jason nak belanja [konon je]. Sampai entrance apa yg dia bisik kat bonzer tu, pastuh kitorang sumer dapat masuk free! *yea yea*. Sebenarnye aku tak berapa enjoy masa kat dalam tuh sebab asyik teringatkan abg Mie ngan kak Reen. Dah settle ke belum, fikir pasal rumah yg tak berkunci, kalo masuk pencuri la tadi...uish.
Anyway, aku entertain jek kengkawan aku nih. Jason asyik citer pasal komputer dia yg dia baru beli tadi. Pentium 4 with 1.2GHz. Kalah PC kesayangan aku. Macam dia sorang je la yg ada Pentium 4 kat Mesia nih *ahaks*. Damn nice remixed Purple Hill by D12 & Eminem played by the guest DJ. Kat Hitz.fm sure tak kan dengar remix nih "..*cough cough* Am I supposed to chocked.." <--I love this part. I shaked my body like stripper bitch! *Ketawa*
Masa aku tgh syok main pool kat 1st floor, Ein called, citer pasal the worst birthday she ever had in her lifetime. Aku just dengar je. Aku still rasa bersalah ngan dia. Ein, sepatutnya kita patut bersyukur yg umur masih dipanjangkan olehNya. Isnin kang aku jumpa dia nak bagi present, kalo aku ingat la. By the way..
Aie pulak called, kali ni bukan missed call lagi. Dia tanya aku kat ner. errr...aku jawab aku kat dalam kete. dia tanya kenapa bising sangat? aku kata sebab aku pasang radio kuat². *Ketawa* .Tapi Aie tak sebodo yg aku sangka. hehe. Kantoi. Dia ajak pi jogging esok [Ahad] kat Tasik Subang Jaya, dia ada benda nak citer kat aku. Aku set jek sebab arie nih aku tak jogging ngan dia. Kesian kat dia kang.
Pastuh aku sambung "get get down". Layan je la. Now I noticed that I love House and Rave music rather than Techno. Jason dah totally lost concious. Mungkin dia excited sangat dapat PC baru. I just have a couple glass of Coke. Never repeat the same mistake again [tobat tak nak buat lagi]. Dekat 2.00 am kitorang balik. Lepak kat mamak at SS 2 for supper. Aku kebuloran, aku makan roti canai sampai 3 keping. Milo ais 2 gelas. Telur separuh masak 2 biji. Beh ngan Shanon melopong jek tengok aku. Aku memang lapar giler, tah la mungkin sebab banyak sangat terkinja² cam monyet The Apes kat Bali tadi. Jason lak, *uwek uwek* manjang, cam org pompuan yg baru nak mengandung. Kitorang letak dia dalam kete, suruh dia tido. Tu la, saper suruh overdosed. Pity Jason.
Pastuh Beh terus anto aku balik Pantai. Dia ucapkan terima kasih kat aku sebab sanggup keluar temankan diorang. Aku cakap no sweat nyer. Aku rasa macam dihargai sesangat. He really treats friend importantly. I wished him & Shanon a good night dan terus naik umah.
Dude, where's my abg Mie?
-Pantai HillPark-
ranted at 2:00 AM
Saturday, August 18, 2001
Today, August 18, 2001 birthday Ein yg ke 20. Aku rasa totally guilty sebab tak dapat celebrate sesama birthday Ein. Arie nih sumernye macam sial. Aku sepatutnya ada ngan Ein & the geng. Tapi...kita hanya mampu merancang, Tuhan jugak yg menentukan. Aku terpaksa stay kat Pantai sebab abg Mie suruh stand by. Abg Mie ngan Kak Reen argued, aku yg jadi mangsa. Kak Reen merajuk dan tak dapat dikesan. Abg Mie terpaksa cari Kak Reen. Punca diorang gaduh aku pun tak dapat kesan. Very complicated. Abg Mie mengamuk tanpa aku tahu punca dan sebab, panas baran tak bertempat. Sumernye start malam tadi lepas kitorang balik minum kat Bangsar. Aku lepak ngan Red kat umah dari malam semalam. Red baru jek balik tadi sebab awek dia call ajak dating.
Aku kesian kat Ein. Aku hanya mampu wish dia pakai SMS in early morning. Semoga kau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. I also wish you to be matured to cope with any obstacle in your life. I wish u all the best!. Please forgive me Ein..
Beh called ajak pi umah Jason, Jason beli PC baru, aku tolak.
Ina Chicks ajak keluar temankan dia pi shopping kat One Utama [dah seminggu dia ajak], aku tolak.
Rizal called ajak minum, aku tolak.
Aie missed call banyak kali, aku tak reply. sebab smlm dia ajak pi jogging sesama, aku tolak.
Sumernyer aku tolak, sebab aku tak boleh keluar umah!
Aku tensenn..
Today, I learned that..
"..mustahil kalau nak jaga hati semua orang.." "I wish I have a twin..yg boleh menyamar jadi aku.."
I donno where is abg Mie skang nih. Kak Reen pulak, lagi la tak tau, sure dia ada kat umah kawan dia within this area, dia tak kan pergi jauh.
At the meantime, aku semakin bosan mengadap Astro 24 jam. Sesaper yg call ajak aku keluar lepas nih, aku terus accept jek. I wanna BREAKAWAY!
-Pantai HillPark-
ranted at 7:53 PM
Friday, August 17, 2001
Komputer aku dah rosak, condem, hancur, useless dll. Ni sumer keje adik aku! B**i ko Asri! Kalo ikutkan hati memang aku nak bunuh jek dia. Aku dah delete sumer game ngan mIRC scripts tapi lepas aku balik dari kelas semalam dia tgh main gamek at PC kesayangan aku tuh, pastue tetiba hang, dan langsung tak leh restart. Puas aku godek², tak leh jugak. Aku tak marah, tapi dia tak nak ngaku, buat muka selamber jek, tu yg buat aku bengangggg!. Aku tak kan balik umah selagi PC tu tak ok. Aku tak nak tengok muka dia!
Aku tak leh balik Pantai Hillpark sebab kunci tertinggal kat umah mak bapak aku. Aku malas nak patah balik pi sana. Kene tunggu abg Mie abis keje. Skang nih aku tgh lepak ngan Kak Reen (kakak angkat aku yg tersayang), dia tgh minum kat Coffee Bean kat luar sana. Aku kene offline, cian kat Kak Reen dok sengsorang. Kang kene ngorat ngan org lain, saper yg malu? Abg Mie gak yang tensen.*Ketawa*. Chiow!
-Saiber kafe Jalan Telawi, Bangsar-
ranted at 8:45 PM
Thursday, August 16, 2001
::Skip kelas [lagi dan lagi dan lagi!]::
Hari nih aku tak masuk Kelas En Nawawi, Logik Digital. Ada Kuiz lak tuh. Kenape? Sebab aku ngan Aie terlelap kat umah Aie. Kitorang dah plan nak pi ITTAR kul 4.30 pm. Kuiz start at 5 pm. Kul 4 pm Aie kata nak rest kejap sambil tgk Astro ESPN kat umah dia tuh. Dia suruh kejut aku kul 4.30, aku pun ngangguk je la.. Pastuh aku baring kat sebelah dia sambil tengok TV *accidently terlelap*. Kitorang sedar jek dah kul 5.30 pm. Kat luar hujan lebat giler! Habis la, memang tak pi class la kitorang. Aku call Man, dia kata KL terang benderang. Hancussss plan. Pastuh aku ngan Aie pi minum kat mamak. Sambil makan aku ngan Aie fikir alasan apa nak bagi kat lecturer. Merepek² jek alasan yg kitorang nak bagi. Kul 7 lebih aku call En. Nawawi bagitau sebab tak datang, aku kata "motor rosak tang....ekzos" <--aku panik tergagap² , hilang sumer idea nak kelentong En. Nawawi. Dia ketawa jek dengar alasan aku, alasan budak sekolah rendah. Dia kata "saya faham masalah student ITTAR ni, esok jumpa saya lepas Zohor". Yes! Caaaaaayang En Nawawi. Aie happy jek! Hampeh jek. Pas makan kitorang lepak kat umah, sambung berborak sambil tgk Astro.
...
::Kawan Lain Bangsa::
Tetiba Beh SMS aku. Lama giler tak jumpa dia, 2 bulan lebih. Aku cakap kat Aie aku nak kuar. Pas salam ngan Aie aku blah. Pastuh aku pi jumpa Beh kat Sunway Pyramid, lepak kat Gloria Jeans Cafe ngan Jason sekali. Kitorang borak tak ingat org keliling nyer. Beh kawan baik aku masa kat sekolah menengah dulu, Bukit Bintang Boys Secondary School . Tahun depan dia further study ke US, mungkin ke Florida nak habiskan degree dia. Dari form 1 to 5 kitorang satu kelas. Ponteng kelas sesama, kene rotan sebab datang lambat sesama, kantoi ngan Security Guard kat Sungei Wang Plaza sebab masuk game arked sesama [time tu bawah umur, skang bila dah berumur, tutup pulak game arked tuh, hampeh!], main skateboard [dulu] sesama, masuk X-Treme Games Competition sesama, pi tour ke Port Dickson sesama [masa tu form 4, dia curik² bawak kete bapak dia yg pi out station, time tu takder lesen lagi..gamble jek]. Aku suka kawan ngan dia sebab hati dia baik sangat, walaupun dia Cina. Kekadang jek dia ganas sket, [sebab family dia ada krisis sket]. Panas baran, suka gaduh, tapi tak penah kantoi ngan cikgu disiplin, sebab sumer cikgu sayang dia, student pandai. Dia banyak tolong aku masa kat sekolah dulu, sebab dia nye IQ gila babengnyer power. 2 tahun berturut-turut Best Student in Maths kat sekolah aku. Masa form 4 best student in English, form 5 takde dah, dia banyak problem time tuh..Aku tabik kat dia. Disebabkan dia lebih suka berkawan ngan bebudak Melayu, kitorang satu kelas panggil dia Abe. Cakap Melayu pun dah tak pelat lagi dah skang. Kekadang siap sleng Kelate lagi tuh. Mana belaja aku pun tak tau. Dulu dia suka masuk IRC cenel² Melayu, dari situ kot dia belajar bahasa Melayu. Aku sorang jek panggil dia Beh sampai arie nih, sebab tu surname dia.
Beh ajak aku ngan Jason pi journey bertiga cam masa muda remaja dulu [teringat citer Dari Jemapoh Ke Manchestee. Mak bagitau aku, abah nak sgt tengok citer ni sebab ada nostalgia tersendiri masa abah aku muda² dulu. Mungkin aku banyak ikut sifat abah aku..like father like son eh? *eheks* ]. Beh kata, it will take 2 minggu lebih! Dia akan bawak kete dia [tak curik² bawak kete bapak dia lagi sebab dia dah ada kete ngan lesen sendiri]. Dia plan nak Le Tour de Peninsular Malaysia dari KL -->Perlis --> Langkawi --> Penang --> Kota Bharu --> K. Terengganu --> Pahang -->Johor--> Melaka --> PD [lagi!] --> KL.. Dah setahun dia plan, tapi tak inform kat kitorang sebab takut tak jadik. [most of my member Cina, benda yg dah confirm, baru bagitahu. Talks + action. 'Cakap serupa bikin']. Detail dia punyer list budget + accomodation + duit minyak + camera gears, shopping dll. Check condition kete, shift driver masa journey. Perrgggghhh! Biar betul mamat nih. Jason kata OK jek sebab ayah Beh janji nak sponsor almost all the budget [ayah dia manyak wang maa]. Aku mintak masa nak fikir dulu sebab nak check schedule study aku, takut clash sebab fikir Practical. Kalau sumer ok, lets chao lo! Aku lepak kat appartment sewa Beh kat Subang [dia tak nak tinggal lagi ngan family dia sebab nak tinggal ngan girlfriend dia]. Kalau org Islam Melayu boleh tinggal serumah ngan bukan muhrim..Parah! Aku layan dia main Playstation ngan layan VCD. Kul 12 lebih aku mintak diri nak balik sebab nak study.
Pada fikiran hotak aku kann [diulangi..hotak aku]..
Berdasarkan pengalaman aku yg ciput, kekadang aku rasa aku lebih selesa berkawan ngan bangsa Cina ni sebab ciri² yg kebanyakkan diorang ada [mostly aku refer to Beh ngan member Cina yg baik ngan aku] :
1. Diorang tak mengungkit! . Tak pendam perasaan. Apa yg dah lepas, biar lepas. Today is today, yesterday has over, tommorow new story.
2. Diorang tak tikam belakang [diorang tak suka cakap belakang, tak suka mengumpat, kalo tak puas hati, takkan bertangguh, cakap DIRECT! face to face secara baik, lagi cepat problem settle]
3. Diorang tak penah berkira. Baik pasal makan, beli, barang, apa² je la.
4. Diorang tak akan lupa kawan! Biar bertahun tak jumpa & tak contact, kawan tetap kawan.
5. Tak penah pilih kasih..sumer kawan sama jek.
6. Pandai amik hati kawan dan appreciate kawan very much.
7. Highly motivated. Kalau nak berjaya mesti ada usaha, bukan cakap kosong.
Benda yg baik aku akan ikut...yg tak baik tu buat sempadan. Aku ada agama. Agama Islam jugak suruh kita hidup bermasyarakat tanpa berpuak-puak. So, aku kene la tunjuk contoh yg sebaik mungkin. Mana tau satu hari nanti aku boleh tarik Beh nak kenal Islam....Insyaallah.
Aku ngantuk dah..Huuuwaaaaaaa~~~~~
Aku nak reply call abg Mie pasnih, dia call banyak kali tadi tapi aku tak sedar, aku set Silent Mode. Sorrriii...
Aku tukar sket layout blog nih. Aku bosan ngan layout lama. Blog lama pun aku tukar, kaler kuning, sekuning hotak aku. *ketawa*..dan mungkin hari ni last day aku edit blog lama. Pasnih kamus catatan hidup aku akan tersimpan kat blog nih selagi aku masih mampu dan tak boring nak berinternet.
Esok? nak tolong abah pi bayar duit umah [kalo aku rajin la]..*Ketawa lagi*
::end::
-Home sweet home, Petaling Jaya-
ranted at 2:36 AM
Monday, August 13, 2001
Pada fikiran hotak aku kann....
web = cyber space
log = logging something
web + log = logging something on cyber space. kan? kan?
Cyber space = kind of lightning that changes the lifestyle of today's shiny happy people. no bounderies [donno how to spell], no one will bother on what u're doing coz everybody buzy surfing, checking their email for sure, and spend hours for chatting in unreal world. It's beyond reality, sometimes. This tiny little space has been discovered by me and registered under my name to express whatever I feel. This is the place where I can puke *virtually* when I can't stand any longer the burden in my kepala hotak and also for sesedap oren <- (trademark Moza) wasting my time and my bapak phone bills and not to mention abg Mie also. I'm not sick but I enjoy very der very much writing on this blog. I'm very happy pink in health condition person. Smiling and laughing is my obsession. U also can get ur own. It's damn plenty big space available, waiting for u to sign up out there. So, let me crawling in my cyber world. Hopefully I'm not lost too far. Wish me luck!
Cet! Apa aku merepek nih..Aku still tak leh lawan abg Mie ngan Kak Reen nyer English, UK Briton standard, pirahh..tu lah makan keju banyak sangat, sampai dah lupa camner rasa keju Mesia *ahaks*. Abg Mie selalu nganjing aku menulis & bercakap dalam bahasa omputih. Aku malas sebab aku tak pandai cam dia. English aku damn bersepah, but no pain no gain eh?.AKu mmg muka tak malu cakap omputih tunggang terbalik depan org yg lebih educated dari aku. I learn from mistake. Aku yakin ngan diri aku. Kang aku teror kang, kalah lak dia. *heheh*. Cet! Sesi merepek dah abis. At the meantime...
Aku dah tukar domain yg aku rasa, aku suka sangat ngan domain name ni. Tapi aku still ada domain lama [:used to be:]. Still under blogger. Aku sampai arie nih masih tak fasih ngan benda alah blogger nih! Hampeh je aku rasa..aku memang lambat pick up. Aku tak paham dan pelik kenaper Date ngan Day kat atas tue stated as Monday, August 13 2001, padahal arie nih Selasa, 14 Ogos. Aku silap setkan dia nyer GMT time kot? Pasnih aku godek sekali lagik. I've received email from anonymous person [lagi sekali!]. Dia nak berkawan ngan aku, tapi saper ek dia. Aku reply bebaik, asalkan dia ikhlas nak berkawan, aku no problem, sebab aku suka berkawan. Sebelum nih I've received email dari sorang brader dok kat Bandar Utama, aku pun tak kenal dia. Dia kata dia penah nampak aku, kat *toot* , one of the famous night spot in KL. Entah betul ke tak, aku pun tak pasti, tapi yg sure nye aku risau gak..I wonder how he get into my website. Utk tanya khabar aku jek, sedozen email dia anto. Perrghh! Tak penah aku dapat email sebanyak tu at one time sekaligus. Aku layan je la as a cyber friend, Dia skang nih keje as steward for Singapore Airlines. Kang kalo senang aku masukkan gambor yg dia send via email kat hompej aku. Aku dapat anonymous SMS [lagi dan lagi!]. Pompuan! Aku layan je la SMS kat dia balik..Cam mIRC lak.
:: Arie nih ::
Aku lambat bangun [lagi dan lagi]. Aku study sampai Subuh. Pastuh aku godek² menatang Dreamveawer ngan Cold Fusion. Aku pening dan pening nak belajar masukkan coding Flash tuh. Bosan dan bosan. Dilla call aku, suruh aku bangun pukul 12 tgh tadi. (wake up call konon, tapi sebenarnye nak ingatkan aku suruh bawak kalkulator saintifik dia yg aku pinjam, takut nar aku nak buat harta, aku tau la aku nyer hilang. aku meskin, tak mampu beli baru. *hehehe*). Aku sambung tido balik, last² dekat 2.30 baru aku tersedar..Kelam kabut aku bersiap. !**!&!*!**#
:: Tepon ::
Aku pi ITTAR, for Data Com class yg start at 2.30 pm. Kul 3.00 baru aku sampai, lewat 1/2 jam. Sampai jek kat kelas, Pn. Azah just bagi notes suruh fotostat. Dia tak ngajar pun. 3.15 class dismissed. Hampeh jek rasa, buat penat jek aku datang, tau tadi boleh aku sambung tido. Pastuh aku lepak kat kafe ngan Zack, Man ngan bebudak lain. Hujan lebat wooo. Aku terperasan yg kat dinding tiang kat kafe tu, Telekom staff tgh pasang public phone 2 bijik. Pasnih makin ramai la student ITTAR bergayut tak ingat dunia nyer. Tapi ada pekdah nye gak. Tak yah la sesape yg takde h/p atau credit blance h/p dia dah zero, pi jalan jauh nak making call. Tengkiu Telekom. Kat blok F pun, Telekom pasang lagi 4 bijik. Kaya la Telekom pasnih. Tapi student² ITTAR ni ada bakat nak membankrupkan Telekom sebab ramai yg ada pelbagai skill nak 'curik line' *hahaha*..Tetiba aku teringat kat Shahrir yg selalu bagi aku SMS. Aku pun SMS dia tanya khabar. Dia balas lak, mende yg pelik². Antara petikan SMS forwarded by Shahrir..
1) ..SEX is like Nokia, connecting people, like Nike, just do it, like Pepsi, ask for more, like Coca Cola, enjoy it, like Smint, syoknya, like HBO, simply the best..
2) Syair dari China --> Wo ai ni, ni ai wo, Ni pu yau, wo pak so, Ni nentang, wo tim pa, ni nung ging, wo so dok, ni bun ting, wo cao lo..
dan banyak lagi yg lawak giler..*Ketawa* <--aku dah malas nak taip perkataan ->Hahahahah atau Wakakakaka atau Heheheh atau pun Kekekkeke mahupun Kuikuikui sekalipun glupglupglup <--trademark Ein the Miss^Cute_M
:: Kuiz ::
Kuiz C2 aku abis kul 7 pm. Aku boley la jawab sesikit sebab aku dah study Subuh tadi. Apis duduk sebelah aku. Zamil duduk depan Apis. Zamil tiru Apis, Apis tengok aku nye jawapan, aku biarkan jek sebab last sem, dia bagi aku tengok jawapan dia. Aku baik, aku tak luper jasa orang. *heheh*. Pastuh Aie sampai. Dia bertolak dari Subang kul 5 pm dan sampai ITTAR 7 pm. 2 jam dalam kete Satria dia tuh. Jam giler! Tensen jek dia. Sampai jek dia terus carik toilet, tak tahan nak kencing. Hahaha. Aku dekat 2 minggu tak jumpa dia, rindu tul. Aku temankan dia jumpa pi En. Nawawi nak hantar latihan Logik Digital. Tetiba Farid Wak Lu! tepon h/p aku live dari Kluang. Dia mintak tolong suruh aku send attachment contoh resume aku ke email dia. Aku baru jek send tadi. Farid nak keje kat mana yek..He told me he probably go to JB dalam masa terdekat. Apa² pun yg dia buat, I wish him all the best. I'll be by ur side my friend! Gonna missing u so much!
:: Aie ::
Pastuh Aie ajak aku pi makan kat Restoran Haslam, dia nak belanja. Aku maleh nak ikut sebab dah kenyang, pastuh dia diam jek. Merajuk ler tuh. Kekeke. Aku pujuk dia balik, aku kata aku gurau jek. Aku makan nasi goreng ngan Milo Ais. Aie makan banyak! Mee goreng, telur mata kerbau, roti canai ngan air limau. Dia kata dia call aku banyak kali, tapi engaged manjang. Aku kuat bergayut eh? Aku berborak ngan dia dekat 2 jam, dia kata rindu sangat nak jumpa aku. Seronok aku borak ngan dia. Dia cam tau jek apa² yg aku fikir. Aie aku tgk cam ada masalah, aku tanyala dia, memula dia ubah topik, pastuh dia pulak nak bercerita, tanpa aku minta. Aku dengar sungguh². Semakin kita berumur semakin rumit masalah kita. Abstrak sungguh emosi org dewasa nih. Unpredictable. Aku kalo boleh nak tolong Aie, sebab aku sayang sangat dia sbg kawan, dia mmg faham betul masalah aku. Tetiba aku bersyukur ngan segala anugerah yg Tuhan bagi. Selama ni aku jarang bersyukur. Alhamdulillah syukur nikmat. Thanks for be my guider to dealing with adult people Aie!
:: Surprise ::
Kak Long call [lagi sekali!]. Aku dah tak boleh berdalih lagi..aku mesti balik umah malam nih. Dia kata ada surprise utk aku. I wonder what it is. Aku balik Pantai dulu, abg Mie takde kat umah. Aku amik buku² aku utk revision kat umah. Aku tinggalkan notes atas work station dia. "Abang Mie, Ejoy balik PJ for couple of days, maybe more. Family matters to be settled. Call me ok only when needed. Take care, bobye..."
Aku sampai umah, mak tgh tgk TV. Abah takde, mak kata abah pi masjid. Mak tanya aku dah makan ke lum. Aku kata dah, pastuh aku borak ngan mak kejap, pasal tu pasal ni, dia tanya pasal study aku, aku kata sumernye ok jek. Lepas borak ngan mak, aku naik atas, pi bilik Kak Long. Patut la dia tak turun, bergayut ngan abang Lan! Dia kalo bergayut umah terbakar pun tak kan sedar. Dia nampak aku jek, dia terus cut line h/p dia ngan abg Lan. Aku tanya khabar dia, borak ngan dia cam dah bertahun tak jumpa. Aku tanya dia aper yg surprise. Dia suruh aku tengok kat bilik aku, aku tak nampak pun apa yg spesel. Dia bagitau aku yg scanner aku dia dah anto pi repair! Dah boleh guna dah. Yea Yea! Aku boley la scan gambor sebanyak mana yg aku suka. Aku tanya baper kene bayar. Dia kata dekat RM 300 sebab kene tukar scanner tu nyer port yg dah patah pin dalam dia, scanner head dia dah retak, kene ganti baru. Aku tergezut! Kos repair dia boley beli sebijik lagi scanner baru. Tapi Kak Long aku kata, dulu ( 4 bulan lepas) dia penah janji nak anto repair pakai duit dia, skang dia dah tunaikan janji dia. Ini la yg buatkan aku saaaaaayang sgt Kak Long aku, setiap kali berjanji tak pernah dia mungkir janji. I love U very much my Kak Long!
Pastuh dia suruh aku ajarkan camner nak scan gambo. Aku ajar la dia dari A to Z, set resolution, pilih bit dll. Akak aku ni cepat tangkap, bukan cam aku yg lembab sket. Dia scan banyak betul gambo, espeselly gambo dia ngan abg Lan, bakal tunang dia. Lepas aku abis mandi, aku tgk dah dekat 30 gambo dia scan. Mak oii! Cam nak buat foto album jek. Kalah aku! Patut la ye ye suruh aku balik, nak belaja scan gambo rupenye makcik nih. Takpe la, dia nak belaja, aku pun ikhlas la ajar.
Lepas dia dah abis scan, aku lak guna PC, aku scan la gambo yg aku ada. Tetiba PC hang sebab out of memory..Hampeh jek, terus aku hilang mood nak scan. Aku reboot PC pastuh terus online. PC aku skang nih cam hampeh jek. Lama aku tak sentuh. Banyak tul game yg entah sesaper install kat PC aku nih. Musti ni keje adik aku ngan kengkawannya. Aku malas nak delete, biar je la. Wallpaper desktop aku dah tak nampak langsung sebab ditindih ngan beribu-ribu shortcut icon yg pelik². Aku sendiri tak paham ape yg adik aku dah buat kat PC aku nih. mIRC script saje dah berpuluh², tak termasuk Counter Strike, Quake, Starcraft macam² la. Pada hal dulu aku dah delete sumer menatang nih, tetiba ader balik. Aku pun dah tak reti nak sound dia, tak makan saman tul. Belajar malas, game ngan Internet manjang. Pening aku fikir pasal budak nih. Feninnnnnn.
Baru tadi, Aie called ..
Aie : A'kum Ejoy. Awak ape kabar?
Aku : Laa..tadi ko nampak aku camner? Tak sihat ek? hehehe
Aie : Heheh. Esok pagi awak free tak?
Aku : Sori ek, gurau jek. Kenape? Nak aku datang umah ko ek?
Aie : Eh! Teror la awak teka. Boleh tak esok?
Aku : No hal nyer. Pasal apa?
Aie : Saje jek. Camni, saya nak discuss ngan awak pasal kuiz Logik esok, saya tak pandai la.
Aku : Ceh! merendah diri lak dia..awak kan teror dari saya.
Aie : Hehehe..boleh la Joy..saya call awak pagi esok ye.
Aku : Ok la, ko call aku terus datang, belanja minum kat mamak yek!
Aie : No problem. For u I will my dear !
Aku : Hahahahah..ok la, jumpa esok ye, take care..bobye!
Aie : Babaii.
Aku nak tido, esok nak pi umah Aie, nak study sesama dan nak berjaya sesama. Apesal abg Mie tak call...dia marah kat aku ke...I'll call him lepas aku offline.
:: end ::
-Home sweet home, Petaling Jaya-